Pages

Tuesday, March 29, 2011

Jangan Takut Dengan Perompak, Saya Ada!

Waa...tajuk nak hebat.Sebenarnya, tajuk ini sepatutnya ditulis dengan BOLD dan SERIUS seperti yg berikut :

i.) 9 Tips Mencegah Daripada Dirompak , 
ii.) Ingin Menangani Gejala Jenayah?  Sila Baca., 
iii.) Berpantang Maut Sebelum Ajal, Kalau dah Ajal Jangan Salahkan Takdir.  

TAPI nanti kawan mesti perli tajuk kau ni dah macam ala-ala iklan 'Ingin Mengetahui Rahsia Tarikh Lahir Anda' kat Facebook tu.... Fine..fine! -__- Ha yela, aku tukar..! Tajuk yang kat atas tu pun bukan boleh percaya sangat pun. Takde maknya den nak pergi menolong kalau sendiri pun fobiacamrasanakterkencitdalamseluar bila tengok perompak or penyamun. Gila apa cari nahas! hahaha.. Anyway ladies and gentleman, saya ada 9 Tips nak kongsi dengan anda jika anda mengalami situasi berikut! (cakap dengan nada bersungguh dan beria.)

Bila cakap pasal perompak atau penyamun, pertama sekali yang terlintas diminda mesti fikir mereka tu......


a.) Ahli Kongsi Gelap   
MySpace


b.) Bersenjata Tajam
MySpace


c.) Ada Bahan Letupan
MySpace


d.) Buat Panggilan Nak Wang Tebusan
MySpace


e.) Peragut yang duduk kat belakang mesti pakai helmet takut kene cam
MySpace


f.) Muka tamak masa kira duit hasil rompakan
MySpace


Penjenayah sekarang semua hebat dan licik belaka. Diorang lagi advance dari kita sebab kadang yang merompak tu bukan calang-calang orang. Semua yang bijak-bijak tapi letak otak kat lutut. Jadi kita sebagai insan yang kerdil dan lemah ini perlu lah mengambil langkah berjaga-jaga terutama kaum wanita! Kita bukan nak mintak benda ni berlaku kat kita..tapi at least kita ada ambil precaution kan? Setuju......!!

Okey, langkah pertama! Jelirkan lidah anda dekat perompak tu sambil jerit " Wek..wek aku tak takut....!!"

MySpace

(ok jangan lakukan..ni namanya cari nahas..)

1.)  Bawak perfume spray (yg banyak alcohol lagi bagus), Kunci Rumah atau benda yang tajam dalam handbag. Ia sangat berguna bila saat yang genting! Dulu masa time kerja, saya buat paper spray sdn.bhd. Segala bahan ada kat dapur tak kira la cili kering..lada hitam..rempah-rempah asal benda pedas semua kasi blend...tu diaaaa...boleh buta mata kalau terkena sekali..haha. tapi akhirnya sendiri yang terkena sebab penutup bekas terbukak, pastu tumpah kat handbag..pastu terpegang..pastu pedas..pastu tergosok kat muka..pastu menggelupur.. -__-  stupid

2.) Ni saya dapat tips daripada masa belajar Tae Kwan Do beberapa kurun yang lepas..  Siku adalah antara anggota badan yang kuat. Jadi, gunakan siku kalau pemangsa menghampiri anda..

3.) Jika perompak mintak purse atau wallet anda,  jangan sesekali menyerahkan hand by hand. Apa yang patut anda buat ialah, CAMPAK sejauh mungkin dan mereka lebih berminat dengan wallet itu dan mereka akan pergi ke arah wallet itu..Jadi time itu.. lari macam nak gila pun takpe...!! Nyawa lagi penting!

4.)  Jika anda disumbat ke dalam bonet kereta (jikalau anda tidak diikat.), tendang bahagian lampu kereta bahagian belakang dan keluarkan tangan anda dekat lubang itu dan melambai-lambai lah semana mampu! Pemandu penjahat tidak akan nampak anda tetapi orang lain nampak. Percayalah, tips ini sudah banyak kali menyelamatkan nyawa orang. 

5.) Jika perompak didalam kereta dan berpistol di kepala anda... JANGAN BERHENTI MEMANDU! apa yang anda lakukan ialah pecut selaju yang boleh dan langgar hingga kereta kemek.. Air-bag akan menyelamatkan anda dihadapan dan perompak akan cedera teruk dibelakang. Kemudian lari lah pergi selamatkan diri..

6.)  Kalau anda pergi shopping mall atau tempat yang ada lift sentiasa ambil elevator atau lift berbanding tangga! jangan nak mengada masa ini kau baru nak konon-konon exercise!

7.) Jika pemangsa ada pistol dan anda masih belum bawah tahanan mereka...Selamatkan diri anda dengan lari mengikut pattern Zig-Zag.

8.) Sentiasa lock kereta selepas anda mula memasuki kereta dan terus memandu! Tidak perlu nak buat check list, nak make-up ke touch-up bagai...

9.) Yang ini mungkin berkesan..Sediakan satu surat yang bertulis " Insaflah anda wahai perompak..Allah sentiasa memerhatikan anda.." dan masukkan dalam purse anda.. kih kih kih..


          Apapun, semua terpulang pada individu itu sendiri.Kadang-kadang bila benda itu berlaku, kita sendiri sudah tak mampu nak berfikir dengan waras. Tawakal jela masa itu..Berdoalah moga dijauhkan benda-benda macam ini. Kita insan biasa, tidak boleh menolak takdir tapi kita mampu mencegahnya. :)



p/s : Tiba-tiba teringat zaman sekolah rendah dulu.. gila kedekut nak bagi orang lain pinjam barang sebab takut balik rumah kena bebel dengan mama sebab tengok kat pensel box dah kosong. sampaikan satu masa.. kalau kita nak pergi tandas atau nak keluar sekejap.. mesti cakap kuat-kuat "ALIF LAM LAM HA, sape curi dia berdosa" sambil jari pun konon-konon tulis alif lam lam ha kat pensel box. Lawak. :D

MySpace

No comments: