Pages

Saturday, October 30, 2010

Hari yang memalukan.


Sebelum memulakan cerita dongeng ni, ingat! Ini cerita sebenar. Bukan rekaan khayalan. 

      Pagi tu sama macam pagi-pagi sama seperti 6 bulan lepas. Tepat pukul 8.15am saya pun berlenggang kangkung ke bus stand..'aishh bebeh! mana pulak bas ni.' membebel sambil mengunyah-ngunyah straw air kotak laici. (yup, habit yang buruk).Saya berbaju kurung hari itu. Al-maklumlah hari Jumaat. oh ya, berkasut tinggi juga. haha! Sambil berkeringat dan berkerut, saya setia menanti untuk kelibat bas berjalur merah biru, Rapid KL tiba. 5 minit kemudian bas itu pun sampai. Seperti yang dijangkakan, hari ni pakcik drebar ala-ala Aaron Aziz yang drive (serius muka dia sejibik cam Aaron Aziz).Dengan langkah yang anggun dan sopan serta berbekal RM1.90 saya pun 'mendaki' tangga bas.. Keletak Keletuk bunyi kasut. Semua orang pandang, siapakah gerangan wanita ayu itu. Sekali perempuan gemok daaa..... (yup, itu saya, dan saya tengah diet. Sila diam). ' Asia Jaya' kataku lembut sambil menampakkan sebaris gigi yang errr.... putih ok! (yela ngaku,tak berapa nak putih la. Ok sila diam juga). Pakcik itu pun menghulurkan tiket bas rapid yang panjang dan lebar. menyusahkan betul tiket besar-besar ni. kan..kan.. perlu ke tulisan besar-besar. kau nak baca ke nak lekat jadi setem. Bertenang erine.Ok sambung cerita. belum sempat saya menghenyakkan bon... eh punggung.. pakcik itu tiba-tiba tekan brek!! Cuba teka apa jadi? Ya.. nangka busuk kedebuk! tapi sempat buat stund pegang tiang.. selamat...fuh! Tapi ini erine la! apala sangat setakat terjatuh bas ni...hahahha.. (malu-malu!!).

Ini sebenarnya bukan cerita yang memalukan itu. Ok sila baca sambungan di bawah.

Sampai je kat Asia Jaya, tak payah ring bell.. Sebab dia automatik akan berhenti. Hebat tak? (sebenarnya kat situ ada traffic light. memang la kena berhenti..haha. tak lawak). Saya pun jalan dengan Vogue gitu ke stesen LRT. Tiba-tiba saya nampak seorang lelaki india ni. Eh macam kenal!! Tapi biasalah orang macam saya selalu minum air ada semut tak berapa ingatlah nama-nama orang ini. tapikan! saya pasti nama dia mula dari huruf P.. Dengan semangat berkobar-kobar dan konfiden nya saya pun memanggil sambil melambai sebelah tangan ' HEY PARAMESWARA!!'. lelaki itu pandang ke arah saya, dan tergelak besar. ' Woi. apalah Parameswara, aku Prasad la! haha. kau ni bersejarah betul la erieqa!'.. Serius saya sangat malu waktu tu. hahahha.  Benda ni saya akan ingat sampai bila-bila. dan kalau kami terserempak balik kat Kuala Selangor, mesti jadi bahan. Adoi..wahai Parameswara, maafkan hamba. hahaha. Apa cerita memalukan anda pula? Kongsilah! :D

p/s : tribute to Fahmie and Eyka. korang yang mintak tulis cerita memalukan ini! haha.






3 comments:

Zulfahmi Abidin said...

hahaha..tapi ko lupe letak gambar dye weh...hehehe.hahaha..bdway..krim salam aku kt dye nanti yek..^__^

♥ eyka elisha ♥ said...

hahaha!btul tuh..erie lupe nk amek pic ngn die..klu tak leh la kte tgk PARAMESWARA tuh.wakakakaka! =D

erieqa erine said...

ok bebeh!