Pages

Wednesday, September 29, 2010

Tragedi Di Hari Raya (true story)

Tepat jam 6.30 pagi , aku masih tidak dapat melelapkan mata aku. Sambil menggeliat malas dengan perlahan aku memperlahankan suhu kipas. Pagi itu, hujan dan kilat silih berganti. Angin ribut juga turut bertandang. Aku berselubung ketakutan dan kesejukan sambil melirik mata ke arah tingkap. "Kuatnya ribut hari ini," desis hati ku. "Erine! bangun-bangun pergi masukkan kucing" jerit mama sambil menyelak daun pintu bilik ku. Dari ruang tamu lagi, kedengaran kucing-kucingku mengiaw-ngiaw meminta masuk kedalam rumah. "ok..mipple, hitam, putih, penjahat, anak kucing putih, antep, mimot..eh mana muncit..? oo tengah buat aiskrim dalam toilet. 8 ekor. ok cukup. " ujar ku sambil menutup balik pintu dan kembali ke bilik. Belum sempat ku menghenyakkan badan ke tilam mama menjerit lantang " Erine, rumah nenek roboh!". "Roboh?!" mata ku yang sedari tadi kuyu terus celik. Kami pun bergegas-gegas ke rumah nenek. Sepanjang perjalanan kami lihat banyak pokok tumbang dek angin ribut yang sangat kencang. Hati ku berdebar-debar dan tidak putus-putus berdoa agar tiada apa-apa kemalangan yang berlaku. Sesampai sahaja di perkarangan rumah nenek, ku lihat separuh dari rumah nenek ku roboh. Atok hanya memandang sepi rumah yang mereka bina lebih dari 4 dekad itu. Nenek pula menangis teresak-esak. Rumah nenek dipenuhi dengan orang kampung yang berkunjung untuk melihat tragedi itu. Alhamdulilah nenek, atok serta pakcik ku tiada mengalami kecederaan. Sejurus selepas itu, kami pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Bantuan diterima tidak putus-putus oleh pihak yang prihatin. Hati ku begitu tersentuh melihat kesepakatan antara orang kampung yang memberi sokongan moral serta bantuan untuk membina balik rumah nenek. Kini, nenek kembali tersenyum dan kami sentiasa beringat bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. 



















 We always be with u nenek & atok. :')

6 comments:

Zulfahmi Abidin said...

omaigosh...condolence to you and atok and nenek..

erieqa erine said...

thank you! :')

Zulfahmi Abidin said...

abes buat mase nie atok n nenek dduk mane??

erieqa erine said...

rumah dah ok skrg. 2 hari nenek n atok dok rumah mama la

SURIA AMANDA said...

omg..simpati ke atas kejadian menimpa..harap semuanya pulih seperti sediakala..

erieqa erine said...

trima kasih ye. :')