Pages

Monday, September 6, 2010

Jom kita celup-celup di Shabu Shabu!

Sebut pasal steamboat, orang mesti fikir tentang benda celup-celup dalam sup sama ada sup ayam atau sup tomyam. Apa yang best pasal steamboat ni, bukan la sangat pada makanan nya, tapi keseronokan masa main masak-masak dikelilingi oleh ahli keluarga ataupun kawan-kawan. Kecoh mengalahkan pasar. "oi kau percik kan sup kat aku!!", "ala..aku terendam lama sangat fishball, dah kembang macam kepala kau", "Eh, mana wantan yang aku letak tadi, Oi kau dah makan ye!". dialog wajib kalau makan dengan adik saya. Kalau makan steamboat pula, mesti nak makan dengan chopstick bila lagi kan, nak perasan makan macam orang cina. Pilihan dipping sos pula haruslah terangkat! Orang malaysia maklumlah lidah kebal, tak pedas je mesti merungut. Cakap pasal steamboat, saya ada 3 tempat menarik nak kongsi. kalau mahu citarasa korea steamboat boleh pergi ke Seoul Garden, Steamboat ala Thai pula anda boleh pergi ke Johny's Steamboat. akan diupdate akan datang! Tapi hari ini saya nak cerita pasal Shabu-Shabu Japanese Steamboat. Yang menarik tentang Shabu Shabu ialah mereka menghidangkan pilihan makanan steamboat dalam peti ais yang berbentuk seperti kereta api. Em, thats interesting!

     Ok, mari kita cerita pasal pilihan makanan. Pilihan makanan untuk steamboat okay la. Cuma pada hari yang saya pergi tu, kurang pilihan. Yang banyak ramen noodles. Kalau pilihan ala carte saya suka! sedap-sedap. Harganya pula sangat berpatutan. Anda boleh makan steamboat, makanan ala-carte dan minuman dalam anggaran RM25 seorang. Oh ya, harga untuk pilihan makanan steamboat ikut warna pinggan ye. Warna ungu RM1, Hijau RM2, Kuning RM3 dan Merah RM3.90. Kalau beli air, jangan la beli iceblended ke yogurt ke. Amaran keras.sila jangan order. haha. Servis? BAD SERVIS! im very very disappointed. bayangkan dah sedia kan loceng untuk panggil waitress tapi sorang pun tak muncul. then just mintak refill tomyam 5 kali mintak! tunggu setengah jam baru dapat. sangat sedih. yela, hampir 2/3 ialah pelayan wanita. buat kerja terkedek-kedek. Kemungkinan besar saya akan datang ke sana hanya jika saya terpaksa. Tapi saya akan cuba pulak branch mereka di One Utama. Adakah mereka juga mengecewakan? Kita terjah!



Pilihan Aneka Mee



Pilihan Sayur-sayuran. 



Pilihan Taufu, Fucuk, dan Cendawan. 



Pilihan bebola udang, ketam, ikan. Saya pilih yang bentuk bintang tu! comel.



Pilihan Daging, Ayam, Sotong dan Kepah.



Keliru, mee ramen ni kenapa macam mee magie?



Chicken Sliced with Rice. Sangat Sedap!!!



Chicken Terrayaki with Rice. Juga Sedap!!



Tomyam Ramen Noodle. 



inilah tuu tuu tren....pin-pin!



dipping sauce. ada macam-macam!



Jom kita celup-celup!


Mahu Cuba? 
Datanglah beramai-ramai ke Shabu Shabu Japanese Steamboat
Lokasi : 4th Times Square, Imbi

Rating Foods : **** / *****
Rating Price : **** / *****
Rating Service : ** / *****

6 comments:

E.I said...

seoul garden terbaek kot.
johnny pun ok gak =)

shabu shabu here dont have. hahaha

erieqa erine said...

tau xpe. seoul paling best. bleh grill. haha. pastu tgh2 leh steamboat

Zulfahmi Abidin said...

aduh yunk.nape tak letak tester skali kt sini.terliur Fahmie tgok nie ha.

erieqa erine said...

ala takyah tester. jom2 saya belanja. haha

Zulfahmi Abidin said...

cewah..jgn ckp jer sdapkan ati.fahmie tuntut nanti klu takde mcm ne??

Drunbella Khoo said...

you.
i suka seoul garden.
2x mentekedarah kat situ sampai terkedang kenyang.
hahaha.
puas hati.
(^___^)v