Pages

Wednesday, September 1, 2010

10 sebab kita tak dapat kad raya.

Kalau time sekolah dulu, hati mesti berdebar-debar tunggu posmen datang hantar kad raya. Yea yea abg posmen dah sampai! ala ni bill astro mama.. -_____-  kumpul punya kumpul, waaa sudah 80 kad raya. gantung-gantung la dekat bilik buat kumpul habuk. meriah nya raya! TAPI itu 6 tahun dulu. sekarang? bukan kan kad raya, ketupat raya pun susah nak dapat. mana pergi nya nilai raya sekarang ni. :'( walaupun secara negatif nya mercun itu berbahaya tapi itulah yang buat raya lebih meriah Kan? kan?. Budak-budak dulu kalau dapat duit raya RM1 pun dah happy sangat. Sekarang? depan-depan kita bukak angpau raya " RM2 je ke acik?".. dah la panggil i acik, i adik manis ok... Cakap pasal kad raya kan. teringin sangat nak dapat. Satu pun cukup la! Lepas dikaji secara tak rasmi saya pun keluarkan 10 sebab kenapa kad raya makin pupus


1. Saya nak Go Green! memanglah bagus statement ni. tapi kalau setakat nak go green sebab taknak hantar kad raya je, yang ekau pakai plastik kat tesco tu hape. Pastu makan dalam polystren campak sepah-sepah. ok cukup.

2. Setem Mahal. setem dulu 30 sen je sekarang dah 50 sen. Fuh.. kalau dah 50 keping? hamek kau! boleh beli rumah ni.

3. Kemudahan Teknologi. kalau tahun 80an dulu, TV pun masih hitam putih. sekarang ni, cakap aja nak apa. handphone 4G? Internet? macam-macam adala. Kemudahan di hujung la jari katakan. Tapi feeling mendapat kad raya lebih seronok tau. Serius. 

4. Tulisan makin buruk. Masa darjah satu, ololo tulisan bulat-bulat walaupun tak berapa nak faham dan agak huduh tapi it still readable. Bila umur dah masuk 20an ni, cita-cita nak jadi doktor tak tercapai jadi mulalah menulis dengan bangganya di kad raya. Mak ai, ayam punya cakar pun tak sehodoh tulisan itu.

5.Takda Pen Kaler-Kaler. Do you know, colour can create mood! betul-betul. cayalah. Masa dulu-dulu kan banyak pen kaler-kaler stok kelas pendidikan seni. Kanvas ku adalah kad raya. Sekarang? Colour ku hanya untuk di muka. tak faham? make up la. haishh.

6. Pos Ofis Jauh. "erine! pergi pos kan mama punya kad raya!" pinta mama sambil bermain FB. " alaa.. pos opis jauh la. jalan jauh-jauh nanti erine kurus. pastu erine puasa..pastu kena panas...blaaa..blaaa.."

7. Lost Contact dengan kawan-kawan. hah yang ini tak boleh salahkan sesiapa la. kadang-kadang si kawan tu tukar no.telefon taknak beragak. sebulan tukar 10 kali. alasan, "aku kena ganggu dengan si polan bin polan la!". oleh yang demikian silalah daftar kan diri anda di Facebook. :D

8. Terlalu busy mengalahkan PM. "saya ada meeting dengan dato' Z ni projek juta-juta ni nak buat kolam ternak berudu kat belakang rumah" sebenarnya nak kat budu. hah! ni den tak boleh nak kato apa la.

9. Kad Raya macam bukan Kad Raya. kalau dah kad raya dah rupa macam Kad Gong Xi Fa Chai. Kamu nak beli kah?

10. Eh dah raya ke?! Ha ni gawat. mungkin dia duduk dalam gua batu belah batu bertangkup. -__-



tengok macam saya.tak payah beli kad raya. design sendiri sudah. 
ye ye saya tau lukisan saya hodoh. 


SELAMAT HARI RAYA SEMUA! MAAF ZAHIR DAN BATIN.

10 comments:

L.U.Q.M.A.N said...

hehe..smue yg tertera kat ats tu btol..hahaha

erieqa erine said...

ha tau xpe!! (kena btg hidung sndr sebenarnya)

Anonymous said...

hai. sorry to intrude. just wanted you to know that http://blog-ayie.com plagiat entry member aku. 10 in total.

http://ijaicool.blogspot.com/2010/09/what-would-you-do-if-someone-stole-your.html

If you could spread the word that would be helpful. Thanks!

Adam

Drunbella Khoo said...

comelnya kad raya u.
so kreatif.
i nak lukis orang lidi pun terkial-kial.
hahahaha.
(^___^)v

erieqa erine said...

hahaha.. tq! lukisan biasa2 aja

E.I said...

comel je kad tu
nak satu bleh?
huhuhu

kad raya semakin dilupakan ek.

Zulfahmi Abidin said...

okey.....fahmie tunggu kad raye tuh sampai kat rumah fahmie boleh?? erine...u now wt kat raye tuh comel jerk.hehehe.

lagi satu perkara..skrg fahmie publish kat FB kat twitter.kat formspring.kat tumblr.kat dailybooth.and my fav blog.hehe.

erieqa erine said...

betul2 kad raya mmg dah dilupakan. sedih kan. :'(

Zulfahmi Abidin said...

tapi fahmie ade dapat 1.kah2..one and only..terharu seh..

erieqa erine said...

pergh! eleh2. tah2 tulis kat kad raya kosong pastu send kat rumah sndr!
:D