Pages

Thursday, September 30, 2010

The Top 10 Things That Make a Man Sexy!

Honestly, I've be waiting to post this entry. Sebenarnya, tajuk entry tu tidak lengkap lah! The Top 10 Things  That Make a Man Sexy Enough To Be MY Man! ha ni baru betul.. Mungkin ianya tidak boleh diterima oleh segelintir orang lah, tapi inilah ciri-ciri yang saya cari-cari. Ciri-ciri wajib tu lain cerita lah seperti beriman, bertanggungjawab, berkempipinan..bla..bla..bla.. yang ciri-ciri tu siapa yang taknak kan? Berharta, handsome tu bonus. Alhamdulilah kalau dapat lelaki yang ada pakej macam tu. Kenduri 7 hari 7 malam beb. hehe. Yang saya nak habaq ni benda yang agak remeh temeh tapi for me it can give a big impact. Benda yang boleh buat saya angau. auww! haha. ok..ehemm.. The Top Things That Make a Man Sexy are...

  1. Men who knows drive manual car (with license ok!)
  2. Lelaki yang memakai kain pelikat cap gajah duduk.haha. (auww i love this one)
  3. Lelaki yang memakai pakaian beruniform pilot,berbaju melayu dan berkemeja lengan panjang tapi lipat sampai siku. (cair seh..)
  4. Sapa orang tua dengan hormat dan salam, cium tangan.. i loike!
  5. Ada janggut tapi tak mau yang macam hutan belantara. lagipun bela janggut yang terurus kan sunnah nabi. :)
  6. Ada cincin di jari manis. Bukan emas dan bukan dijari telunjuk ye.
  7. Berjam tangan. Ini menunjukkan dia alert dengan waktu. Bukan dok jadi perhiasan tayangan je ye. 
  8. Memegang handphone ketika dalam bercakap di telefon dengan gaya.Walaupun pakai 3310 asalkan menang gaya sudeyh. :D
  9. Bagi orang kurang upaya dan warga emas duduk dalam LRT/bas yang sesak @ tin sardin. 
  10. Always say...ladies first..hehehe...tersipu-sipu i tau....

Apapun, saya suka ciri-ciri ini kalau ada pada lelaki melayu. For me typical Malay men, have their own aura. macam Mawi world gitu. Siapa kata jejaka melayu tak menawan... lalalala~ (sambung sendiri). Siapa-siapa ada ciri-ciri  sila ke kaunter 9 untuk borang pemohonan. haha. muka ala-ala Enrique Iglasias, anda di short listed. :D









Cheers! :)

Wednesday, September 29, 2010

Tragedi Di Hari Raya (true story)

Tepat jam 6.30 pagi , aku masih tidak dapat melelapkan mata aku. Sambil menggeliat malas dengan perlahan aku memperlahankan suhu kipas. Pagi itu, hujan dan kilat silih berganti. Angin ribut juga turut bertandang. Aku berselubung ketakutan dan kesejukan sambil melirik mata ke arah tingkap. "Kuatnya ribut hari ini," desis hati ku. "Erine! bangun-bangun pergi masukkan kucing" jerit mama sambil menyelak daun pintu bilik ku. Dari ruang tamu lagi, kedengaran kucing-kucingku mengiaw-ngiaw meminta masuk kedalam rumah. "ok..mipple, hitam, putih, penjahat, anak kucing putih, antep, mimot..eh mana muncit..? oo tengah buat aiskrim dalam toilet. 8 ekor. ok cukup. " ujar ku sambil menutup balik pintu dan kembali ke bilik. Belum sempat ku menghenyakkan badan ke tilam mama menjerit lantang " Erine, rumah nenek roboh!". "Roboh?!" mata ku yang sedari tadi kuyu terus celik. Kami pun bergegas-gegas ke rumah nenek. Sepanjang perjalanan kami lihat banyak pokok tumbang dek angin ribut yang sangat kencang. Hati ku berdebar-debar dan tidak putus-putus berdoa agar tiada apa-apa kemalangan yang berlaku. Sesampai sahaja di perkarangan rumah nenek, ku lihat separuh dari rumah nenek ku roboh. Atok hanya memandang sepi rumah yang mereka bina lebih dari 4 dekad itu. Nenek pula menangis teresak-esak. Rumah nenek dipenuhi dengan orang kampung yang berkunjung untuk melihat tragedi itu. Alhamdulilah nenek, atok serta pakcik ku tiada mengalami kecederaan. Sejurus selepas itu, kami pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Bantuan diterima tidak putus-putus oleh pihak yang prihatin. Hati ku begitu tersentuh melihat kesepakatan antara orang kampung yang memberi sokongan moral serta bantuan untuk membina balik rumah nenek. Kini, nenek kembali tersenyum dan kami sentiasa beringat bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. 



















 We always be with u nenek & atok. :')

Tuesday, September 28, 2010

Candid Camera Contest

Hari ini saya betul-betul semangat nak masuk contest. second contest for today will be candid camera contest. Esok tarikh akhir wooo!! encik aima  kasi lulus ini last minute candidate. Serius, contest ni la yang paling susah nak cari gambar. ada gambar candid kat tepi pantai tapi boss kata macam posing poyo-poyo pulak. Sekali lagi saya mempertaruhkan gambar di hari raya. :) ok takmau cakap (tulis) banyak-banyak. mari kita lihat syarat-syaratnya.




Syarat-syaratnya :-

1) Terbuka kepada semua bloggers...
2) Wajib folo blog aku....nnt korang gak senang dapat info Contest ni...
3) Up-load gambar Candid yang korang rase paling menarik...Xkesahlah gambar korang sendiri ke.. family ke... aweks ke... kawan2 ke... janji Candid... 1 gambar sahaja....
4) Letak Banner Contest ni kat slidebar blog korang..
5) Tag 5 orang kawan korang.. biar meriah sikit....
6) Jangan lupa tinggalkan link korang kat comment post..

Tarikh Tutup :

29 September 2010

Pemenang akan diumumkan pada 1 Oktober 2010

Hadiahnya :

3 Orang Pemenang akan mendapat "Piala Pin Boling".....


Loading.....99.8%


hehehe..saya yang tengah pegang kamera itu. 


tag!

join ok!

Contest Senyuman Maneh

Sejak lama menghilangkan diri dari dunia blog sebab kesibukan beraya dan menggemukkan diri yang sememangnya dah gemok, tibe-tiba rasa teringin pulak nak join apa-apa kontest yang melibatkan fotografi. (kes menang  no.10 kontest black & white hari tu. no.10 pun nak gebang)..hahha. mana lah tau menang lagi..nak cuba nasib.amin...kali ini saya nak join contest senyuman maneh. maneh is manis ok nyah..  by the way, thanks so much to my dear eyka sebab suruh join kontest ini. apa da dia sendiri tak join. sibuk pilih gambar, teringat pulak 1 gambar ni yang saya ketik dengan sendirinya (kes bangga) haha. masa tu raya kedua di tingkap rumah nenek saya dengan rambut tocang nye..sungguh gadis kampung you....haha. chop! sebelum upload gambar mari kita tengok terms and condition.







Syarat-syarat Pertandingan


Mestilah menjadi followers blog Gadis Kampung Separa Bandar
Mesti buat N3 pasal contest ni.
Pic yang dipertandingkan mestilah hak milik sendiri.
Anda diwajibkan berada dalam gambar tersebut dan bebas sama ada nak gambar sorang, bersama kawan ataupun family.
Hanya satu pic saja dibenarkan untuk dipertandingkan.
Letakkan dan link banner contest di side bar blog anda dan tinggalkan link anda di komen ini.
Tag minimum 2 atau lebih rakan anda.

Tarikh tutup adalah pada 10-10-2010.
Hadiah adalah topup bernilai RM30.

Jika pemenang menggunakan line prabayar, nilai tersebut akan ditukarkan kepada wang tunai dan akan di bank-in kan ke dalam akaun anda.





Are u ready kids!!? ok mari kita upload...


Loading........99%



tadaa...  :) iklan colgate gitu...


tag dekat 2 org

eyka!!  (masuk2!!)
fahmie (masuk jugak!)

Saturday, September 18, 2010

Meriahnya Raya!

Waaa lamanya tak update blog..! bersawang-sawang blog saya dah ni.. -__- bukan saya malas nak update blog ye! tapi tersangat lah busy.. (ayat macam lah ramai baca blog aku ni..hehe). Ala baru raya ke-8, masih boleh kan cerita pasal raya kan? Raya saya tahun ini macam-macam yang berlaku. Gembira, sedih, menyayat hati. Kita cerita yang gembira-gembira dulu la ya! yang sedih lain post. hehe. Raya pertama macam biasa semua berkumpul kat rumah nenek.. Tahun ini ayah tak dapat beraya dengan kami sebab dia sibuk sangat dengan kerja. Apapun ayah thanks so much for 4 digits duit raya. haha.. Nak tau tak, badan saya yang dah macam mak orang anak lima ni, masih dapat duit raya. mak ai... sebab tu saya selalu salam-salam pastu cepat-cepat lari keluar. bukan nye tolak rezeki tapi macam kelakar je..raya kedua pulak, baraan raya dengan orang kampung. bayangkan 300 orang serbu sekali rumah kita.. tapi pengalaman la.. best sangat. :) raya ke 4 pulak pergi beraya dengan kawan-kawan. lenguh kaki tau berjalan dengan hills 5 inci. haha. nasib baik tak tergolek! Apapun raya tahun ini paling bermakna bagi saya.. (sebab takde assigment kena buat). haha. 






Raya Pertama di rumah nenek. Tgh tu mama saya. yang kanan tu adik saya. 


Raya Kedua berkebaya pink gitu. haha



My BFF. love them so much.


Kawan-kawan dari darjah 4. :)



Selamat Hari Raya semua!

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya!



Sila cucuhkan mancis tu kat sumbu pelita tu ye! :)

Selamat Hari Raya!
Credit : Ayeem

Salam AidilFitri Uolls! Tag selepas di Tagged.


Bila tengok seimbas, kad raya kat atas ni macam kad Valentine pulak ye. siap belon-belon dekat basikal tu haha. tapi takpelah, mungkin lelaki tu nak bawak adik dia pergi umah opah dia hanto mangkuk tingkat. :) Ha apa-apa pun, thanks to my dear friend eyka sebab tag kat saya ye.. chup3! haha. tapi kan ada sedikit fenin la. ini sebenarnya apa. nak kena tag kat orang lain ye. pastu baca kat blog lain ini adalah award. huwa! pening-pening.. fuh! pastu kena jawab soalan. saya suka jawab soalan-soalan ni. sila lihat dibawah.


Q1 : Puasa penuh tak taun nie?
Hampir puasa penuh!! tetapi... hallo bendera jepun naik 5 hari sebelum raya :D

Q2 : Kalau saya mintak maaf, awk sudi maafkan?
Sudah ku bilang, mengapa masak sayur asam tak letak belacan!! ahh kasi pancung!
hehe. xla. mesti la darling. 0-0 ye. :)

Q3 : Kampung kat mana?
mak orang selangor, ayah orang KL.
saya beraya di kampung batu di KL, rumah kayu di selangor. 

Q4 : Awak rasa blog saya ni comel tak?Kasi sebab sikit
Comel tu saya. blog saya mana leh lawan tauke. haha.

Q5 : Awk nak tag org, tag aje laa T__T
Jeng.jeng.jeng...
Calon-calonnya


Selamat Hari Raya Semua!
Maaf Zahir Batin.

Monday, September 6, 2010

Jom kita celup-celup di Shabu Shabu!

Sebut pasal steamboat, orang mesti fikir tentang benda celup-celup dalam sup sama ada sup ayam atau sup tomyam. Apa yang best pasal steamboat ni, bukan la sangat pada makanan nya, tapi keseronokan masa main masak-masak dikelilingi oleh ahli keluarga ataupun kawan-kawan. Kecoh mengalahkan pasar. "oi kau percik kan sup kat aku!!", "ala..aku terendam lama sangat fishball, dah kembang macam kepala kau", "Eh, mana wantan yang aku letak tadi, Oi kau dah makan ye!". dialog wajib kalau makan dengan adik saya. Kalau makan steamboat pula, mesti nak makan dengan chopstick bila lagi kan, nak perasan makan macam orang cina. Pilihan dipping sos pula haruslah terangkat! Orang malaysia maklumlah lidah kebal, tak pedas je mesti merungut. Cakap pasal steamboat, saya ada 3 tempat menarik nak kongsi. kalau mahu citarasa korea steamboat boleh pergi ke Seoul Garden, Steamboat ala Thai pula anda boleh pergi ke Johny's Steamboat. akan diupdate akan datang! Tapi hari ini saya nak cerita pasal Shabu-Shabu Japanese Steamboat. Yang menarik tentang Shabu Shabu ialah mereka menghidangkan pilihan makanan steamboat dalam peti ais yang berbentuk seperti kereta api. Em, thats interesting!

     Ok, mari kita cerita pasal pilihan makanan. Pilihan makanan untuk steamboat okay la. Cuma pada hari yang saya pergi tu, kurang pilihan. Yang banyak ramen noodles. Kalau pilihan ala carte saya suka! sedap-sedap. Harganya pula sangat berpatutan. Anda boleh makan steamboat, makanan ala-carte dan minuman dalam anggaran RM25 seorang. Oh ya, harga untuk pilihan makanan steamboat ikut warna pinggan ye. Warna ungu RM1, Hijau RM2, Kuning RM3 dan Merah RM3.90. Kalau beli air, jangan la beli iceblended ke yogurt ke. Amaran keras.sila jangan order. haha. Servis? BAD SERVIS! im very very disappointed. bayangkan dah sedia kan loceng untuk panggil waitress tapi sorang pun tak muncul. then just mintak refill tomyam 5 kali mintak! tunggu setengah jam baru dapat. sangat sedih. yela, hampir 2/3 ialah pelayan wanita. buat kerja terkedek-kedek. Kemungkinan besar saya akan datang ke sana hanya jika saya terpaksa. Tapi saya akan cuba pulak branch mereka di One Utama. Adakah mereka juga mengecewakan? Kita terjah!



Pilihan Aneka Mee



Pilihan Sayur-sayuran. 



Pilihan Taufu, Fucuk, dan Cendawan. 



Pilihan bebola udang, ketam, ikan. Saya pilih yang bentuk bintang tu! comel.



Pilihan Daging, Ayam, Sotong dan Kepah.



Keliru, mee ramen ni kenapa macam mee magie?



Chicken Sliced with Rice. Sangat Sedap!!!



Chicken Terrayaki with Rice. Juga Sedap!!



Tomyam Ramen Noodle. 



inilah tuu tuu tren....pin-pin!



dipping sauce. ada macam-macam!



Jom kita celup-celup!


Mahu Cuba? 
Datanglah beramai-ramai ke Shabu Shabu Japanese Steamboat
Lokasi : 4th Times Square, Imbi

Rating Foods : **** / *****
Rating Price : **** / *****
Rating Service : ** / *****

Wednesday, September 1, 2010

10 sebab kita tak dapat kad raya.

Kalau time sekolah dulu, hati mesti berdebar-debar tunggu posmen datang hantar kad raya. Yea yea abg posmen dah sampai! ala ni bill astro mama.. -_____-  kumpul punya kumpul, waaa sudah 80 kad raya. gantung-gantung la dekat bilik buat kumpul habuk. meriah nya raya! TAPI itu 6 tahun dulu. sekarang? bukan kan kad raya, ketupat raya pun susah nak dapat. mana pergi nya nilai raya sekarang ni. :'( walaupun secara negatif nya mercun itu berbahaya tapi itulah yang buat raya lebih meriah Kan? kan?. Budak-budak dulu kalau dapat duit raya RM1 pun dah happy sangat. Sekarang? depan-depan kita bukak angpau raya " RM2 je ke acik?".. dah la panggil i acik, i adik manis ok... Cakap pasal kad raya kan. teringin sangat nak dapat. Satu pun cukup la! Lepas dikaji secara tak rasmi saya pun keluarkan 10 sebab kenapa kad raya makin pupus


1. Saya nak Go Green! memanglah bagus statement ni. tapi kalau setakat nak go green sebab taknak hantar kad raya je, yang ekau pakai plastik kat tesco tu hape. Pastu makan dalam polystren campak sepah-sepah. ok cukup.

2. Setem Mahal. setem dulu 30 sen je sekarang dah 50 sen. Fuh.. kalau dah 50 keping? hamek kau! boleh beli rumah ni.

3. Kemudahan Teknologi. kalau tahun 80an dulu, TV pun masih hitam putih. sekarang ni, cakap aja nak apa. handphone 4G? Internet? macam-macam adala. Kemudahan di hujung la jari katakan. Tapi feeling mendapat kad raya lebih seronok tau. Serius. 

4. Tulisan makin buruk. Masa darjah satu, ololo tulisan bulat-bulat walaupun tak berapa nak faham dan agak huduh tapi it still readable. Bila umur dah masuk 20an ni, cita-cita nak jadi doktor tak tercapai jadi mulalah menulis dengan bangganya di kad raya. Mak ai, ayam punya cakar pun tak sehodoh tulisan itu.

5.Takda Pen Kaler-Kaler. Do you know, colour can create mood! betul-betul. cayalah. Masa dulu-dulu kan banyak pen kaler-kaler stok kelas pendidikan seni. Kanvas ku adalah kad raya. Sekarang? Colour ku hanya untuk di muka. tak faham? make up la. haishh.

6. Pos Ofis Jauh. "erine! pergi pos kan mama punya kad raya!" pinta mama sambil bermain FB. " alaa.. pos opis jauh la. jalan jauh-jauh nanti erine kurus. pastu erine puasa..pastu kena panas...blaaa..blaaa.."

7. Lost Contact dengan kawan-kawan. hah yang ini tak boleh salahkan sesiapa la. kadang-kadang si kawan tu tukar no.telefon taknak beragak. sebulan tukar 10 kali. alasan, "aku kena ganggu dengan si polan bin polan la!". oleh yang demikian silalah daftar kan diri anda di Facebook. :D

8. Terlalu busy mengalahkan PM. "saya ada meeting dengan dato' Z ni projek juta-juta ni nak buat kolam ternak berudu kat belakang rumah" sebenarnya nak kat budu. hah! ni den tak boleh nak kato apa la.

9. Kad Raya macam bukan Kad Raya. kalau dah kad raya dah rupa macam Kad Gong Xi Fa Chai. Kamu nak beli kah?

10. Eh dah raya ke?! Ha ni gawat. mungkin dia duduk dalam gua batu belah batu bertangkup. -__-



tengok macam saya.tak payah beli kad raya. design sendiri sudah. 
ye ye saya tau lukisan saya hodoh. 


SELAMAT HARI RAYA SEMUA! MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Black and White Contest


Semenjak jadi blogger budak tadika blogger baru rajin-rajin la saya menjoin peraduan-peraduan dalam blog ni. tengah sibuk usha blog kawan ternampak satu contest yang bagi saya WAA!! MAU MASUK!! encik photographer ini la yang buat contest cambest ni. kita geng la! jom buat outing ! lari topik :D hati dengan berdebar-debar memilih top 3 gambar. Lastly saya rasa gambar ni kot yang saya nak upload.. :) Last minute masuk ni. nasib baik sempat lagi! fuh!oh ya sila rujuk syarat-syarat dibawah dulu ye sayang-sayangs.. eyka masuk cepat! hari tu nak saya masuk sangat kan!! :D
  • Pertandingan ini bermula 26 July berakhir pada 6 September 2010...
  • Hadiah merupakan wang Ringgit... dan akan dihantar melalui akaun bank... jumlah dirahsiakan...
  • Anda hendaklah meng-Upload gmba hitan dan putih sahaja... dan untuk mengelakkan penipuan... gamba itu mesti gamba anda sendiri... kalo d orang lain menyelit2 tu takpe... janji anda mesti berada dalam gamba tu... Susahkan?? hahhaaaa... nak dapat duit memang la susah sikit...
  • Anda hendaklah menjadi salah sorang follower saya...
  • Banner atas nie mestilah diletakkan di slidebar blog anda... ala selalu yang kat tepi tu...
  • Tag at least one person... banyak lagi bagus... dan pastikan orang yang anda tag tu tahu yang dia di tag..
  • PENTING.... sila tinggalkan link yang anda upload gmba anda tu kat comment post ini yup... nanti sy xtau plak..



yes, this is me. -_____-
Thank You.