Pages

Monday, August 30, 2010

Lelaki VS Perempuan

Masa saya kecik-kecik dulu, saya selalu tanya pada mama saya.. " mama..mama..kenapa erine tak boleh ikut dorang pergi lastik burung?" mama pun balas " haish! kau tu perempuan. duduk je rumah!".. saya pun hairan, apa bezanya lelaki dan perempuan. macam sama je! ada je benda yang saya tak boleh buat.. nak pergi main basikal panas-panas buta tangkap ikan dekat parit pun tak boleh. hobi time kecik-kecik. Mak kata tak manis kalau perempuan jalan sana jalan sini, masuk parit, balik comot-comot. Bila dah besar ini, baru saya tau banyak beza nya lelaki dan perempuan. 




STAGE 1

time kecik-kecik, comel je. kalau hingusan pun.. still nampak comel.
sila abaikan lukisan hodoh diatas. i tak berbakat ok -____-





STAGE 2

bila start dah besar cikit, biasalah kalau perempuan nak main barbie aje. lelaki asyik dengan kartun naruto la, kereta mainan la, ben 10 la.




STAGE 3

bila dah mula masuk sekolah, yang perempuan kalau yang ada handphone memang tak boleh berenggang la 24 jam. dah ada boypren la katakan. yang lelaki pulak asyik pergi Cyber Cafe main Counter Strike. 




STAGE 4

cecah umur 21 tahun, datang pula alam remaja. Yang anak dara bukan main melaram. Pakai lipstik tak beragak. Merah macam kena gigit tikus. Yang anak teruna pulak..weng sana.weng sini. rempit sejati la konon. Time ini mak lagi pening!!




STAGE 5

bila dah kahwin, mak ayah dah lega. Suami pun ambil alih tanggungjawab. Kaum hawa paling ditunggu-tunggu lepas kahwin apa lagi, BABY! yang lelaki paling ditunggu-tunggu, lepas balik kerja depan mata makanan.. Sampaikan tak dapat beza perut mengandung 9 bulan dengan perut lelaki. :D




STAGE 6

Cecah umur 45 tahun, kaum perempuan dah start duduk rileks kat rumah, tengok cucu. Yang lelaki pula, sila rujuk gambar di atas. :D oh ya tak semua lelaki macam itu ye.


Jadi dimana tahap anda sekarang? 
Gambar-gambar di atas tiada kena mengena yang hidup atau yang meninggal ye..

Thursday, August 26, 2010

Peraduan Mimik Muka Paling Hodoh!

Waa selepas dicabar oleh eyka elisha, mula-mula taknak join. sebab rasanya akan dapat title 'Ratu Mimik Muka Paling Hodoh abad 21'. tapi takpalah geng-geng punya pasal, saya join la contest dari Cik Tembume so korek-korek la gambar dalam folder kepam yang dah bertahun tak bukak. tup tup tengok satu gambar ni, masa time study dulu. haha. punya la lawak (bagi sayalah)..Masa ini time kelas english tengah tunggu nak buat presentation.. bosan punya bosan, saya pun mulalah buat kerja tak berfaedah mereka satu Gaya Tudung Alaf Baru. cantik tak? (cakap ala-ala eric leong). sebelum saya tunjuk gambar tu, mari kita saksikan syarat-syaratnya dari Cik Tembume. Kalau nak lebih lanjut boleh click banner kat tepi blog saya ni.

BUKAK MATA BESAU-BESAU!


❤ nak jadi follower i? tak wajib. up to u. ^^,

❤ mesti ada blog sendiri okey. senang i nak terjah!

❤ mestilah kena buat entry pasal contest ni kan.

❤ letak banner contest ni kat entry and sidebar yang link kan terus ke blog i.

❤ wajiblah ada pic korang kan. satu je okey!
pic bebas. tak kesah nak pic sorang, bedua, couple, dengan kengkawan.
kesimpulannya bebaslah! hehehe

❤ link kan url entry korang kat comment i ni okey!

❤ tag 2 rakan korang yang rasanya sengal-sengal ubi macam korang gaks!

❤ hadiah:
shhhhh~rahsia! hehehe.

❤ tarikh tutup:
27 September 2010


Dah Sedia nak tengok??!






HAMEK KAU. haha.


Geng Blogger, apa lagi join la!!

Fahmie , Amie  dan lain-lain. Mari kita meriah peraduan ini!




p/s : muka saya tak sehodoh tu ye bila bertudung. haha. tengok2! cheh cheh
saja je kecik kan gambar. wek!


Paradise at Google's Workstation!

Kalau blogger fahmie tunjuk persekitaran tempat kerja dekat Youtube, meh sini saya nak tunjuk tempat kerja dekat Google.. kalau lah dapat kerja kat sana, terus pindah lah! Bayangkan lah betapa kayanya company Google.. Pekerja nya dapat keistimewaan mengalahkan dekat istana. Dapat jadi cleaner kat sana pun cukuplah. haha. -___-  deperate gila, haish!   Google, yang di'nobatkan sebagai tempat bekerja yang paling selesa & terbaik ini terbukti menjaga kebajikan pekerjanya ke tahap paling optimum.

Semua ini di'lakukan demi memastikan kualiti kerja & produk Google sentiasa yang terbaik..

Go Google!






Kapsul Penghilang Tekanan (Stress) yang kedap bunyi & cahaya




Perjalanan dari tingkat ke tingkat bawah lebih cepat & menyeronokkan. Ada juga yang berbentuk terus seperti di Balai Bomba.



Pekerja Google bebas memilih makanan kegemaran mereka dari barisan makanan & minuman istimewa yang di'hidangkan setiap hari.



Setiap pekerja mempunyai sekurang-kurangnya 2 keping LCD besar untuk mereka bekerja. Mereka boleh minta lebih jika mereka mahu.



Papan putih (whiteboard) ada hampir di'mana-mana. Idea & inovasi timbul tidak mengira tempat



Meja pool, permainan video dan sebagainya juga berada di'pelbagai kawasan. Senang untuk pekerja berlibur.



Privasi — Google menyediakan 'gondola khas' untuk setiap pekerja berkomunikasi dalam suasana penuh privasi.



Ruang minuman untuk pekerja berehat sementara komputer atau kerusi mereka yang rosak di'perbaiki. Kool!



Tukang urut professional tersedia jika sesiapa memerlukan.. Bersama ruang urutan yang eksklusif.




Cepat-cepat hantar resume kat Google. :D

Wednesday, August 25, 2010

Jadi kanibal bila berbuka puasa

Pergh.. tajuk entry macam gempak. haha. saya karnivor eh salah! saya omnivor bukan nye kanibal ok. apa pun selamat berbuka geng blogger dan pembaca sekalian! *tengah layan lagu raya. seronoknya.. :')



saya kaki gambar dan kaki di gambar saya. ngam la tu.



SELAMAT BERBUKA PUASA! 



Kamera tersembunyi di tandas. HP jadi hero.

Apa yang anda fikir bila saya cakap pasal tandas awam? Tempat untuk menulis hasil nukilan dan grafiti-grafiti seperti gadis kesunyian, sila hubungi 010 1101010?..? ataupun tempat untuk menggulung seberapa banyak tisu free, cepat-cepat masuk dalam bag?ataupun tempat nak spray perfume banyak-banyak sampai orang pening yang kononnya berniat mewangikan tandas yang 'harum' itu? ataupun tempat mengetik gambar guna handphone dekat cermin?(okey-okey saya mengaku yang ini saya pernah buat -__- ) ha! tahukah anda kini handphone dan tandas boleh jadi kawan baik! anda tahu pasal kamera tersembunyi? jeng..jeng..jeng.. (bunyi suspen)..sila lihat gambar dibawah...




Ha ini lah kamera tersembunyi yang keciknya sebesar 1 sen. Kita mungkin lepa sebab tak mungkin kita nak check satu-satu kat perusuk tandas cari kamera tersembunyi. besar dahlah 1 sen. takkan nampak punya! Kepada para wanita terutamanya, sila ambil perhatian. Bagaimana anda hendak mengesan kamera yang tersembunyi di dalam tandas awam? 

situasi 1 : pernah tak jika anda berada di dalam lift yang ada hidden camera ni dan masa itu anda sedang bertelefon tiba-tiba line putus? ha! ini sebab dekat dalam lift itu ada kamera tersembunyi.

Hal ini sama sahaja dengan tandas awam. Saya perkenalkan hero saya, encik handphone bling-bling warna biru (ini telefon saya). Ok, puan-puan dan tuan-tuan sebelum anda memasuki tandas awam sila check line anda sama ada anda menggunakan maxis ke, digi ke, celcom ke , ianya masih full bar line. Kiranya anda masih buat call la sebelum masuk tandas awam itu.

Selepas anda masuk tandas dan hendak menunaikan hajat, sila check balik handphone anda jika ianya masih boleh membuat panggilan. Kalau tidak boleh..............ha!! cepat-cepatla keluar dari tandas itu. nak tahu kenapa?
anda tak boleh buat call sebab ganguan serat optik yang ada di kamera tersembunyi itu. Fuh macam cerita seram kan..tapi bila pikir-pikir balik, apa kejadahnya la manusia aneh ini nak rakam gambar orang tengah ehem-ehem..
adoi ai..apa pun take very deep CAUTIOUS ladies! 



kalau dah nampak sign macam ni.. aku bakar tandas tu! haha



i like this! hahaha. :D



So, apalagi..bawalah hero anda kemana sahaja. pesanan dari khidmat masyarakat untuk anda. :D

Tuesday, August 24, 2010

Wedding of The Century!

Wedding of  the Year jatuh kepada Erra dan Yusry. Wedding of the Decade jatuh kepada Datuk Siti Nurhaliza dan Dato' K. Bagaimana dengan Weddings of the Century?  Mungkinkah saya? haha. takda maknanya! Apa yang anda bayangkan kalau sebut tentang Weddings of the Century? mesti kos berjuta juta juta juta ringgit? ataupun pakaian perkahwinan diperbuat dengan berlian 100%? ataupun resepsi perkahwinannya seluas Kuala Selangor (cheh promote kampung halaman pulak) ? Oh anda silap... cepat-cepat scroll kebawah..




SAYA PERSEMBAHKAN WEDDING OF THE CENTURY
versi anjing. haha.. : D




Serius comel kan??!! ya mereka anjing betul!



ololo comel nya..lidah terjelir.. nak pegang boleh? (kena samak pulak)



anjing kecik tu, anak patung je ye. bukan anak luar nikah eh. haha



oh i want like this for my wedding!! 



Pinjam gaun boleh? boleh la.. kuchi3...



hai si kacak.. grrr...



how they control this dog ha? duduk diam je..



Saya rasa saya nak buat animal wedding jugak la. versi kucing. meoow2.



Nice One!



Selamat Pengantin Baru Hello Kitty dan Dear Daniel
(chop! nama hello kitty? bukan hello doggie?)



kawaii!


fuyoo!! telinga terbang-terbang..


Eh nama diorang Cherry and Coffee la!



semoga kekal ke anak cucu ye!! 


Credit to Ken Photography. You great man!

Sunday, August 22, 2010

Tako Inti Paul Si Sotong Tilik..

3.05 am..Wow..dalam sejarah saya, berblog pagi-pagi buta... ni kes batak dapat tilam baru, guling-guling depan TV sambil melongo dan ternganga usha FB. emm lagi 1 jam ni nak pergi lari ke rumah nenek nak sahur dengan mama. tapi nak makan apa ye? so, Google la lauk apa yang sedap. (macam la boleh order dari internet pagi-pagi ni. haha) tiba-tiba " em kan best dapat makan sesuatu yang panas..ada sotong-sotong cikit..( kes tengok mega movie TV3, eyes of the beast pasal sotong makan orang..seram-seram)...pastu ada rasa kenyal-kenyal cikit..."... benda yang panas, ada sotong, pastu kenyal-kenyal? apa lagi TAKO la... Tako ni makanan jepun, kalau kat Malaysia ala-ala kuih cara tapi ada remix dengan kaya ball. boleh bayangkan? -_-  Tako ini kalau dah sejuk tak sedap makan. saat dia dihumban kedalam bekas polystren yang digris dengan sos jepun, ngap je terus! melecur pun melecur la! haha. Tako ini dah famous sekarang. HALAL tau. cari kat dalam Jusco punya tempat yang terbaik! tempat lain tak sesedap kat Tako Tao di Jusco. dia ada macam-macam jenis inti. ada chicken and ham, unnagi, octopus ( PLG SEDAP) dan prawn and cheese. Kalau siapa yang nak extra mayo dan fish flakes tambahan 50 sen dikenakan. Dulu harga Rm3.50 tapi sekarang dah up cikit ke RM4.50.  Apapun kesian kan Paul Si sotong tilik, jadi rebutan orang untuk buat Tako. haha. : D




Tadaa...! Tako Tao...




bye-bye Paul. :D



macam kaya ball kan? cakapla ye.. -__-



mayo yang menggoda.. mari la...




eceh. ter'inteprem pulak. tu tangan Paul. Welcome aboard! (said perut)


Berbuka nanti belilah Tako. Gerenti tak rugi. mesti nak lagi!


Rating Food : ***** / *****
Rating Price : **** / *****

Friday, August 20, 2010

Shoeholic!

Cakap pakai kasut ni.. mesti semua orang ada taste tersendiri.. saya dulu kalau nampak high heels, jangan harap nak suruh pakai. bagi sejuta ringgit pun taknak! haha. sampai kan time raya masa umur 12 tahun, "mama..erine nak kasut sandal asadi yang ada krek-krek ( velcro)".. mak kata kau ni bila la nak berubah jadi perempuan cikit! sekarang saya sudah 20 tahun (cheh-cheh perasan diri dah besar).. pantang je nampak kedai kasut...terus pergi bahagian yang kasut tinggi 5 inci punya. "amoi you bagi i saiz paling besar.. 40 ke".. (jangan bocor rahsia kaki saya besar macam gajah).. malangnya takda saiz..sedih.. (-__-") kenalah pergi kedai XES yang ada saiz untuk kaki-kaki gajah. Oh ya, saya ada selitkan beberapa gambar kasut yang bagi saya WOW! this is lady gaga! haha.. cantik sangat.. i like! LENKA pun pakai tau kasut mereka time buat konsert. kalau nak tengok lebih lanjut. http://www.syushu.com or facebook page syushu.



oh i love blue colour..



oh my god...! (fainted)



ada berani?? : D



white shoes sesuai untuk semua colour.. saya nak!!



devil wears syushu!



kalau pakai kasut macam ini. kim kardashian pun jealous! haha.




i like!!



kuda belang hitam. 


Like it? just CLICK and SHOP at SyuShu! 
(bila lagi nak pakai kasut Vogue macam ini. Raya nak dekat. : P )

Rating Design : ***** / *****
Rating Price : ***** / *****      

Thursday, August 19, 2010

Fashion Street di KL!


Amaran! Sebelum memulakan sesi kritikan, saya mintak maaf sesiapa yang terasa kalau-kalaulah anda ada termasuk dalam golongan fashion crime. hehehe.. (ada hati nak komen fesyen orang lain. diri sendiri pun pakai comprang campring.. : P ) Kita kat Malaysia ni bukan je kaya dengan culture dan makanan.. Fesyen pun tak kurang hebat. sebut la sahaja kome nak fesyen apa... macam-macam ada! kalau ronda-ronda sekitar KL, ada sampai nak terbeliak mata saya tengok. mak ai.. ni rupa tak payah pakai baju... (-___-").. tau la malaysia ni panas.. Okay tak payah la saya membebel menjela-jela, mari kita saksikan calon yang pertama..



ABANG JAMBU 
  

who said men cannot wear pink? see picture above. smart kan! Bagi saya lelaki yang memakai warna pink adalah lelaki yang berani... macam patrick (spongbob)..  : D


AKAK DIGI 


bak kata hanis manis dia kata yellow makes you look fat. haha. yeah you'll look fat if you the digi ambassador. ku bersamamu.... warna kuning ni sebenarnya sangat attractive. warna-warna hangat la katakan. jadi sesiapa yang suka kelainan dan skinny macam model-model america's next top model disarankan memakai warna kuning.  (nak kasut kuning crocs dekat uptown tapi takda saiz...sedih....)


ADIK DRUMSTIK



ha sape suruh pakai suar micro mini, kan aku dah letak nama adik drumstick... Fesyen ni fenomena normal la for Chinese girl... benda yang cuba saya tonjolkan dalam gambar ni ialah handbag dia.. oh i love clear handbag! TAPI make sure isi kandungannya jaga-jaga naa.... tak pasal-pasal orang tengok je pau jenama kotex terselit kat celah-celah purse.. : D (mata disensored dah macam banduan pulak.haha)


GHG - GENG HITAM GOSONG


Hitam itu menawan.. hitam itu elegan.. hitam itu kebal....dan hitam itu gosong(hangus). Saya suka jugak pakai warna hitam sebab boleh nampak kurus.. tapi fesyen ni.. tet! sorry! NEXT!


AMOI BULU-BULU


Malaysia dan turun salji ke? (-__-") saya pun suka jaket bulu-bulu ni tapi berpada la amoi.. kat pavillion tu panas tahap dewa. nasib baik amoi ini pakai selipar. kalau pakai but bulu-bulu.. bayangkanlaa..
(dimaafkan kalau dia baru keluar dari peti ais panggung wayang )


BUDAK BULU - BULU 2


bulu-bulu mungkin trend 2010 kot....ramai noo pakai bulu-bulu...by the way, I love your trunk cap...BIRU...... lalalalalala....


MINAH SALLEH PEGANG PLASTIK


kita bukan nak komen beg plastik yang dia pegang ye.. tapi fesyen mereka. what can i say?
SIMPLE & NICE. oo tapi yang jump suit tu macam seksi sangat untuk saya. nanti mama marah. hehe.


GADIS COKELAT CELUP


Cokelat Celup tu takda kena mengena dengan gambar ni. saja nak letak nama tu. (ini cokolat celup..celup2!)
Komen : Young and Fresh. Earthtone suitable for any occasion. I LIKE!


MAK ARAB COOL


mak arab ni cool je pakai serba serbi hitam! mungkin dalam baju dia ada aircon. we like mak arab. haha..


Last but not least

SNOOP DOG in da HOUSE!

oh yeah man... u like it? komen la sendiri.. 


okay dah letih mengkritik orang. hehe. apapun  Malaysia Boleh! 

Location : Bukit Bintang, Pavillion KL