Pages

Tuesday, December 28, 2010

IM BACK! :')

selama 1 bulan 8 hari (teka je) saya telah tidak memberi makanan dan minuman kepada belaan ku bernama 'saya kaki gambar'.. tengok hari ni dah kurus blog saya ni, tuan blog je makin gemok. hehe. mesti ramai dah lupa kat saya kan.. sob sob.. lama sangat tak mengarang. mungkin kena masuk tadika balik ni... nak tekan keyboard laju-laju pun dah menggelabah. -_- oh ya, mungkin sekarang ini saya akan rajin berbloggin sebab dah ada berukband.. yeah! kalau dulu boleh la kan, duduk rumah mengharapkan mak bayarkan WiFi kat rumah. Al-maklumlah sekarang dah hidup di perantauan. ecece.. bila tengok blog member lain..rasa macam dah banyak sangat ketinggalan. saya busy sangat la... ni pun dah dapat assigment tok final, masuk poli pun belum sampai sebulan. gila betul... oh ya sekarang saya tengah sakit. demam dan tonsil yang bengkak teruk. sapa nak dengar suara Ella sila hubungi di talian......... ok saya tipu. suara saya masih tidak sengau dan normal. tonsil je bengkak. okla nak sambung study ni.. pelajar harapan la katakan. haha. (sebenarnya dah takda idea nk tulis apa). ok bye peeps!

Monday, November 22, 2010

Quick Update!

Guys, sorry eh dah lama xpost apa-apa entry.. (ala kalau post pun 2,3 helai yg komen... ayat nk touching..hehehe)..Saya super duper meper keper BUSY!!!!!! argh tension-tension!! ni nak buat report sampai kerepot.. arhh! sesiapa yang shout kat shout box tu jangan kata saya sombong ye... saya janji akan jenguk blog korang nanti... :') mintak maaf dipinta.. btw, HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ME!! Hoyeh..! 20112010. :)

Monday, November 8, 2010

Earth Tone Makeup Tutorial

Hai dolls! haha. Lama nya tak post entry baru. Busy la nyah..haha. Sebenarnya ni ha, saya start buat Vlog pula... (macam-macam la kau perempuan, hangat2 tahi kucing). Keep watching ok! Komen-komen! :)
daaa.......


video


p/s : bukan malas nk taip banyak..tapi saya tau awak semua lagi sudi tengok video dari membaca kan. hik.hik.hik..

Saturday, October 30, 2010

Hari yang memalukan.


Sebelum memulakan cerita dongeng ni, ingat! Ini cerita sebenar. Bukan rekaan khayalan. 

      Pagi tu sama macam pagi-pagi sama seperti 6 bulan lepas. Tepat pukul 8.15am saya pun berlenggang kangkung ke bus stand..'aishh bebeh! mana pulak bas ni.' membebel sambil mengunyah-ngunyah straw air kotak laici. (yup, habit yang buruk).Saya berbaju kurung hari itu. Al-maklumlah hari Jumaat. oh ya, berkasut tinggi juga. haha! Sambil berkeringat dan berkerut, saya setia menanti untuk kelibat bas berjalur merah biru, Rapid KL tiba. 5 minit kemudian bas itu pun sampai. Seperti yang dijangkakan, hari ni pakcik drebar ala-ala Aaron Aziz yang drive (serius muka dia sejibik cam Aaron Aziz).Dengan langkah yang anggun dan sopan serta berbekal RM1.90 saya pun 'mendaki' tangga bas.. Keletak Keletuk bunyi kasut. Semua orang pandang, siapakah gerangan wanita ayu itu. Sekali perempuan gemok daaa..... (yup, itu saya, dan saya tengah diet. Sila diam). ' Asia Jaya' kataku lembut sambil menampakkan sebaris gigi yang errr.... putih ok! (yela ngaku,tak berapa nak putih la. Ok sila diam juga). Pakcik itu pun menghulurkan tiket bas rapid yang panjang dan lebar. menyusahkan betul tiket besar-besar ni. kan..kan.. perlu ke tulisan besar-besar. kau nak baca ke nak lekat jadi setem. Bertenang erine.Ok sambung cerita. belum sempat saya menghenyakkan bon... eh punggung.. pakcik itu tiba-tiba tekan brek!! Cuba teka apa jadi? Ya.. nangka busuk kedebuk! tapi sempat buat stund pegang tiang.. selamat...fuh! Tapi ini erine la! apala sangat setakat terjatuh bas ni...hahahha.. (malu-malu!!).

Ini sebenarnya bukan cerita yang memalukan itu. Ok sila baca sambungan di bawah.

Sampai je kat Asia Jaya, tak payah ring bell.. Sebab dia automatik akan berhenti. Hebat tak? (sebenarnya kat situ ada traffic light. memang la kena berhenti..haha. tak lawak). Saya pun jalan dengan Vogue gitu ke stesen LRT. Tiba-tiba saya nampak seorang lelaki india ni. Eh macam kenal!! Tapi biasalah orang macam saya selalu minum air ada semut tak berapa ingatlah nama-nama orang ini. tapikan! saya pasti nama dia mula dari huruf P.. Dengan semangat berkobar-kobar dan konfiden nya saya pun memanggil sambil melambai sebelah tangan ' HEY PARAMESWARA!!'. lelaki itu pandang ke arah saya, dan tergelak besar. ' Woi. apalah Parameswara, aku Prasad la! haha. kau ni bersejarah betul la erieqa!'.. Serius saya sangat malu waktu tu. hahahha.  Benda ni saya akan ingat sampai bila-bila. dan kalau kami terserempak balik kat Kuala Selangor, mesti jadi bahan. Adoi..wahai Parameswara, maafkan hamba. hahaha. Apa cerita memalukan anda pula? Kongsilah! :D

p/s : tribute to Fahmie and Eyka. korang yang mintak tulis cerita memalukan ini! haha.






Friday, October 29, 2010

Yeay! Dapat Award Comel.




Ok, firstly. This award is not for the owner of the blog. Bukan tuan blog yang comel ok. Baru je nk perasan-perasan. haha. Thank you so much to my liltle eyka. Dia cakap blog saya ni peaceful. haha. tak peaceful la! dengar tu, lagu-lagu Paramore...rock bebeh! haha. Ok, sebelum melonjak keriangan mari kita jawab soalan-soalan yang diberikan. (dua-tiga kali baca ayat nye.. apa menatang la korunk ni..oo rupanya korang.haha.)


1. Apakah nama gelaran yang kawan-kawan pernah panggil kat korunk yang korunk rasa lawak dan lucu?
emmm banyak sangat nama gelaran la..amerika la, sterika la.. sebab nama belakang ada qa!(perlu ke nama samakan bunyi qa..qa)  tapi rasanya paling kelakar orang panggil ialah 'Jawa'. haha. diorang cakap kalau saya tengah marah atau menjerit mesti terkeluar longat Jawa. and Im PROUD to be Javanese by the way. :)

2. Korunk selalu lawat Blog siapa? (link kan)
Blog sesiapa sahaja yang rajin shout! kat Shoutbox saya dan bila kat dashboard ada tajuk-tajuk menarik untuk dibaca. 

3. Apa yang korunk rasa CIK EYKA kena improve untuk blog nie?
TUKAR BALIK LAYOUT TU!!

4. dalam seminggu, berapa kali korunk buka blog aku??
jap.soalan itu juga perlu ditanya kepada saya jugak. berapa kali saya bukak blog saya sendiri.? 
hahaha. kantoi. dasar pemalas. oi bukan pemalas.. i busy okey..hahha

5. sila pass reward nie kepada 6 orang kengkawan anda yang korunk rasa blog dier comel
 blog korang memang comey

I LOVE UR BLOG!

Cik Myra ( MY GF!) - comel sebab dia GF i.. so what!? (im straight)
Fahmie ( My Sifu ) - comel sebab err....ha! dia punya banner!)
Ayeem ( The Chicken ) - comel sebab ada AYAM! comel gila!!!
Hanis ( The Manis Girl ) - (excuse me, this is not hanis zalikha..haha..blog die comel sbb tgk header pun tau!)
Ekin ( The Kecik Girl) - Comel sebab she's is really cute in real life.! blog pun comel  :)

Saya nak letak 5 je la.. ada byk lagi tapi..byk sgt2....muktamad. saya pilih 5. :)

OH YA! sesiapa nak balas soalan atas-atas tu boleh tukar nama CIK EYKA yang kat soalan no.3 ke Erieqa Erine. :)

PEACE YO!

Monday, October 18, 2010

10 Tips untuk ke KONSERT!

I never been to any concert before and I really excited for this one because PARAMORE is here in Malaysia!! Woot Woot!! I'm so eager to be there and can't wait to watch their concert as they are one of my fav band ever! So, I have listed some of tips that you can apply during any concert or event!

  1. Must be there EARLY!! sila datang awal.. lagi-lagi jika anda dapat Rockzone.. konsert start pukul 8.30 kalau boleh dalam 6.00pm..ini untuk memastikan anda berada di barisan paling hadapan!
  2. Pakai baju seselesa yang boleh. Elakkan pakai jaket kulit ke..jaket harimau bintang ke.. Anda akan menyesal. percayalah. sana panas yang amat-amat!
  3. Pakai T-Shirt yang serap peluh... Pada awal memanglah wangi semerbak, tapi kalau dah last konsert..mak aiii..... boleh cookies ketiak hangit.
  4. Tidak digalakkan bawak DSLR kamera. mungkin guard akan rampas kamera anda.  -___- boleh bawak compact kamera itupun diam-diam ye. :)
  5. Jangan pakai kasut tinggi..Skirt ke..seksi meksi ke. anda fahamkan maksudnya? Ello this is not rancangan miss universe..this is concert yo! mencegah lagi baik wahai kaum hawa! :)
  6.  Beware of you belogings. lagi-lagi handphone. jangan letak kat kocek belakang. byk pencopek!!
  7. Anda boleh berpakaian yang simple tapi catchy! put some extra bling-bling kat baju.. blue fake lashes.. and oversize ring! cool!
  8. Jangan terlalu over excited. Berpada-pada la. ye ye saya tau mereka Paramore..awak die hard fan.. tapi cool la beb! 
  9. Pakailah deodoran! anda akan pasti mengangkat-angkat bahagian bawah lengan anda ketika dengar lagu 'that's what you get'. :)
  10. SILA BAWAK TIKET ANDA! dah beria-ria sampai stadium, lepastu lupa bwk tiket. hampeh! hahaha.

GOT it!?

oh ya i got a crew pass.. huwaa suka!










Friday, October 8, 2010

Happy Birthday Mama..





MySpaceHari ni 8 October, genap umur mama saya yang ke 42.  Shh.. saya ada belikan dia hadiah. Tapi jangan bagitau dia tau. Saya beli mini water feature tok letak kat dalam rumah tu..saya pun belikan satu untuk saya. haha.. (err...perlu ke bagitau benda ni. -___- ) Kepada mama, Hasnizah Abu Bakar, erine doakan mama sentiasa dalam keadaan baik dan sihat sejahtera. Terima kasih kerana pengorbanan mama selama ini. Terima kasih sebab selalu jadi mama yang paling sporting dalam dunia. Terima kasih sebab jadikan erine gemuk macam ini. Terima kasih sebab semualah! Tak dapat erine nak balas jasa budi mama. Tak ada sesiapa yang dapat ganti tempat mama. Erine nak nyanyi satu lagu ni... ehem... nantila nyanyi.. tapi mama boleh baca liriknya..






Sometimes I feel my heart so lonely but that that's ok





No matter how my boy just left me and I don't care
Whenever the rain comes down and it's seems there's no one to hold me
She's there for me, she's my mom
Just for my mom, I write this song
Just for my mom, I sing this song
Coz just my mom, can wipe my tears
Coz just my mom, can only here
Trap in a subway, can't remember the day but I feel ok
Damped in damn situation, in every condition with no conclusion
Whenever the rain comes downand it's seems there's none to hold me
She's there for me, she's my mom
You may say I have no one, to cover me under the sun
You only get it from your mom



OR

I can decribe you like this mama..



Hoi apa kau nak buat kau anak aku.. Dasar h*njing!


U nasty dog! Heeyah!! 


Run away anak ku! I can handle this black nasty doggie!


huh! berani kau kacau anak aku lagi siap kau!! Apa pandang-pandang!

MySpace
Kami tak besar dan kami tak kuat,
Bile 
bekerjasama semua jadi mudah…
Yea.. 
wonderpets.. Yea!!!!

(lagu ini pun tiada kena mengena)


ANYWAY MAMA, HAPPY BIRTHDAY TO YOU!
U're SIMPLY THE BEST!



jangan ada hati nak jadi bapak tiri aku ok. 
MySpace

Sunday, October 3, 2010

Jom Belajar Bahasa Mandarin. Semudah ABC!

Halo! MySpace First sekali, saya nak mintak maaf dulu kalau tak dapat menjadi guru bahasa yang tidak bertauliah. Al-maklumlah saya belajar sekolah cina sampai darjah 2 je pun. Tak khatam sampai habis. Hehe :) Apapun, ada la dua tiga helai perkataan yang boleh saya kongsi kat anda semua para pembaca dan bloggers!! Manalah tau, tiba-tiba ada pulak foreigners dari Taiwan ke nak tumpang tanya.. Tak la ternganga sangat kan? Tiba-tiba, terus dapat couple dengan mamat mata sepet ala-ala jay chau.. Auww! Ok erine, sila kawal perasaan anda. Baiklah murid-murid (ececeh) hari ni kita akan belajar very..very..very simple word dulu iaitu pengenalan diri. Sila lihat dibawah ye.

MySpace
 

Topik 1 : Common Sentences / Phrases

1. Selamat Pagi : Zao Shang Hao

2. Apa Khabar : Ni hau ma?

3. Thank You : Xie Xie

4 : U're welcome : Bu Ke Qi

5. Sorry : Dui Bu Qi

6. Goodbye : Zai Jian

7. Okay : Hau De

8. Bill Please : Mai Dan

9. Saya dah makan : Wo chi Bao Le

10. Welcome : Huan Ying

Ok, hari ini saya bagi 10 perkataan dulu ye. Ingat tau, dalam bahasa mandarin ada sebutan dia. Kalau main sebut jadi lain maksud. contohnya. Wo ai ni : Saya cinta kamu. Wo hen ai : Saya sangat pendek. haha. Don't play play. Oklah, MySpace zai jian! 



Friday, October 1, 2010

Be Rare with Creative Hoodies!

Kecik-kecik dulu saya suka sangat baca buku Little Red Riding Hood. Si comel bersama red hood nye membawa bakul makanan untuk diberi kepada neneknya yang sedang sakit. Tapi neneknya dimakan oleh serigala..dan serigala tu berlakun jadi neneknya dan nak makan si red riding hood...bla..bla..bla..(tak igt). Natijahnya atau moral of the story ,saya suka hoodies. takda kena mengena lansung  -___-  Apa itu hoodies? Hoodies tu macam sweater tapi ada pelangkup kepala kat belakang dia tu. Saya suka hoodies sebab ia menampakkan saya cool and cold (dan kurus sikt).. hehe. Kalau nak beli hoodies yang murah dan smart, silalah berkunjung ke Giordano. Im gonna buy the latest hoodies. RM50 je! macam-macam warna. Fabric dan material dia pun tahan lama. I loike! :) Tapi kan..kan..kan.... saya lebih suka sesuatu yang lain dari lain, RARE! ggrr..  Saya nak hoodies yang macam pussy cat dolls pakai. Sexy yaw... tapi saya nak hoodies berbulu-bulu.. Argh nak semua.. Ok cukup. Sila lihat gambar rajah dibawah, 





Mr. Storm Trooper Hoodie






Speakers Hoodie






Monster Hoodies






Pac-Man Hoodie






Teriyaki Boyz Shark Hoodies








Spider Man Hoodie






Skeleton Hoodie






iPod Hoodie






Ninja Hoodies






Batman Hoodie






Polar Bear Hoodie!


Somebody buy me a hoodie please? TQ. :')

Thursday, September 30, 2010

The Top 10 Things That Make a Man Sexy!

Honestly, I've be waiting to post this entry. Sebenarnya, tajuk entry tu tidak lengkap lah! The Top 10 Things  That Make a Man Sexy Enough To Be MY Man! ha ni baru betul.. Mungkin ianya tidak boleh diterima oleh segelintir orang lah, tapi inilah ciri-ciri yang saya cari-cari. Ciri-ciri wajib tu lain cerita lah seperti beriman, bertanggungjawab, berkempipinan..bla..bla..bla.. yang ciri-ciri tu siapa yang taknak kan? Berharta, handsome tu bonus. Alhamdulilah kalau dapat lelaki yang ada pakej macam tu. Kenduri 7 hari 7 malam beb. hehe. Yang saya nak habaq ni benda yang agak remeh temeh tapi for me it can give a big impact. Benda yang boleh buat saya angau. auww! haha. ok..ehemm.. The Top Things That Make a Man Sexy are...

  1. Men who knows drive manual car (with license ok!)
  2. Lelaki yang memakai kain pelikat cap gajah duduk.haha. (auww i love this one)
  3. Lelaki yang memakai pakaian beruniform pilot,berbaju melayu dan berkemeja lengan panjang tapi lipat sampai siku. (cair seh..)
  4. Sapa orang tua dengan hormat dan salam, cium tangan.. i loike!
  5. Ada janggut tapi tak mau yang macam hutan belantara. lagipun bela janggut yang terurus kan sunnah nabi. :)
  6. Ada cincin di jari manis. Bukan emas dan bukan dijari telunjuk ye.
  7. Berjam tangan. Ini menunjukkan dia alert dengan waktu. Bukan dok jadi perhiasan tayangan je ye. 
  8. Memegang handphone ketika dalam bercakap di telefon dengan gaya.Walaupun pakai 3310 asalkan menang gaya sudeyh. :D
  9. Bagi orang kurang upaya dan warga emas duduk dalam LRT/bas yang sesak @ tin sardin. 
  10. Always say...ladies first..hehehe...tersipu-sipu i tau....

Apapun, saya suka ciri-ciri ini kalau ada pada lelaki melayu. For me typical Malay men, have their own aura. macam Mawi world gitu. Siapa kata jejaka melayu tak menawan... lalalala~ (sambung sendiri). Siapa-siapa ada ciri-ciri  sila ke kaunter 9 untuk borang pemohonan. haha. muka ala-ala Enrique Iglasias, anda di short listed. :D









Cheers! :)

Wednesday, September 29, 2010

Tragedi Di Hari Raya (true story)

Tepat jam 6.30 pagi , aku masih tidak dapat melelapkan mata aku. Sambil menggeliat malas dengan perlahan aku memperlahankan suhu kipas. Pagi itu, hujan dan kilat silih berganti. Angin ribut juga turut bertandang. Aku berselubung ketakutan dan kesejukan sambil melirik mata ke arah tingkap. "Kuatnya ribut hari ini," desis hati ku. "Erine! bangun-bangun pergi masukkan kucing" jerit mama sambil menyelak daun pintu bilik ku. Dari ruang tamu lagi, kedengaran kucing-kucingku mengiaw-ngiaw meminta masuk kedalam rumah. "ok..mipple, hitam, putih, penjahat, anak kucing putih, antep, mimot..eh mana muncit..? oo tengah buat aiskrim dalam toilet. 8 ekor. ok cukup. " ujar ku sambil menutup balik pintu dan kembali ke bilik. Belum sempat ku menghenyakkan badan ke tilam mama menjerit lantang " Erine, rumah nenek roboh!". "Roboh?!" mata ku yang sedari tadi kuyu terus celik. Kami pun bergegas-gegas ke rumah nenek. Sepanjang perjalanan kami lihat banyak pokok tumbang dek angin ribut yang sangat kencang. Hati ku berdebar-debar dan tidak putus-putus berdoa agar tiada apa-apa kemalangan yang berlaku. Sesampai sahaja di perkarangan rumah nenek, ku lihat separuh dari rumah nenek ku roboh. Atok hanya memandang sepi rumah yang mereka bina lebih dari 4 dekad itu. Nenek pula menangis teresak-esak. Rumah nenek dipenuhi dengan orang kampung yang berkunjung untuk melihat tragedi itu. Alhamdulilah nenek, atok serta pakcik ku tiada mengalami kecederaan. Sejurus selepas itu, kami pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Bantuan diterima tidak putus-putus oleh pihak yang prihatin. Hati ku begitu tersentuh melihat kesepakatan antara orang kampung yang memberi sokongan moral serta bantuan untuk membina balik rumah nenek. Kini, nenek kembali tersenyum dan kami sentiasa beringat bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. 



















 We always be with u nenek & atok. :')

Tuesday, September 28, 2010

Candid Camera Contest

Hari ini saya betul-betul semangat nak masuk contest. second contest for today will be candid camera contest. Esok tarikh akhir wooo!! encik aima  kasi lulus ini last minute candidate. Serius, contest ni la yang paling susah nak cari gambar. ada gambar candid kat tepi pantai tapi boss kata macam posing poyo-poyo pulak. Sekali lagi saya mempertaruhkan gambar di hari raya. :) ok takmau cakap (tulis) banyak-banyak. mari kita lihat syarat-syaratnya.




Syarat-syaratnya :-

1) Terbuka kepada semua bloggers...
2) Wajib folo blog aku....nnt korang gak senang dapat info Contest ni...
3) Up-load gambar Candid yang korang rase paling menarik...Xkesahlah gambar korang sendiri ke.. family ke... aweks ke... kawan2 ke... janji Candid... 1 gambar sahaja....
4) Letak Banner Contest ni kat slidebar blog korang..
5) Tag 5 orang kawan korang.. biar meriah sikit....
6) Jangan lupa tinggalkan link korang kat comment post..

Tarikh Tutup :

29 September 2010

Pemenang akan diumumkan pada 1 Oktober 2010

Hadiahnya :

3 Orang Pemenang akan mendapat "Piala Pin Boling".....


Loading.....99.8%


hehehe..saya yang tengah pegang kamera itu. 


tag!

join ok!

Contest Senyuman Maneh

Sejak lama menghilangkan diri dari dunia blog sebab kesibukan beraya dan menggemukkan diri yang sememangnya dah gemok, tibe-tiba rasa teringin pulak nak join apa-apa kontest yang melibatkan fotografi. (kes menang  no.10 kontest black & white hari tu. no.10 pun nak gebang)..hahha. mana lah tau menang lagi..nak cuba nasib.amin...kali ini saya nak join contest senyuman maneh. maneh is manis ok nyah..  by the way, thanks so much to my dear eyka sebab suruh join kontest ini. apa da dia sendiri tak join. sibuk pilih gambar, teringat pulak 1 gambar ni yang saya ketik dengan sendirinya (kes bangga) haha. masa tu raya kedua di tingkap rumah nenek saya dengan rambut tocang nye..sungguh gadis kampung you....haha. chop! sebelum upload gambar mari kita tengok terms and condition.







Syarat-syarat Pertandingan


Mestilah menjadi followers blog Gadis Kampung Separa Bandar
Mesti buat N3 pasal contest ni.
Pic yang dipertandingkan mestilah hak milik sendiri.
Anda diwajibkan berada dalam gambar tersebut dan bebas sama ada nak gambar sorang, bersama kawan ataupun family.
Hanya satu pic saja dibenarkan untuk dipertandingkan.
Letakkan dan link banner contest di side bar blog anda dan tinggalkan link anda di komen ini.
Tag minimum 2 atau lebih rakan anda.

Tarikh tutup adalah pada 10-10-2010.
Hadiah adalah topup bernilai RM30.

Jika pemenang menggunakan line prabayar, nilai tersebut akan ditukarkan kepada wang tunai dan akan di bank-in kan ke dalam akaun anda.





Are u ready kids!!? ok mari kita upload...


Loading........99%



tadaa...  :) iklan colgate gitu...


tag dekat 2 org

eyka!!  (masuk2!!)
fahmie (masuk jugak!)

Saturday, September 18, 2010

Meriahnya Raya!

Waaa lamanya tak update blog..! bersawang-sawang blog saya dah ni.. -__- bukan saya malas nak update blog ye! tapi tersangat lah busy.. (ayat macam lah ramai baca blog aku ni..hehe). Ala baru raya ke-8, masih boleh kan cerita pasal raya kan? Raya saya tahun ini macam-macam yang berlaku. Gembira, sedih, menyayat hati. Kita cerita yang gembira-gembira dulu la ya! yang sedih lain post. hehe. Raya pertama macam biasa semua berkumpul kat rumah nenek.. Tahun ini ayah tak dapat beraya dengan kami sebab dia sibuk sangat dengan kerja. Apapun ayah thanks so much for 4 digits duit raya. haha.. Nak tau tak, badan saya yang dah macam mak orang anak lima ni, masih dapat duit raya. mak ai... sebab tu saya selalu salam-salam pastu cepat-cepat lari keluar. bukan nye tolak rezeki tapi macam kelakar je..raya kedua pulak, baraan raya dengan orang kampung. bayangkan 300 orang serbu sekali rumah kita.. tapi pengalaman la.. best sangat. :) raya ke 4 pulak pergi beraya dengan kawan-kawan. lenguh kaki tau berjalan dengan hills 5 inci. haha. nasib baik tak tergolek! Apapun raya tahun ini paling bermakna bagi saya.. (sebab takde assigment kena buat). haha. 






Raya Pertama di rumah nenek. Tgh tu mama saya. yang kanan tu adik saya. 


Raya Kedua berkebaya pink gitu. haha



My BFF. love them so much.


Kawan-kawan dari darjah 4. :)



Selamat Hari Raya semua!

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya!



Sila cucuhkan mancis tu kat sumbu pelita tu ye! :)

Selamat Hari Raya!
Credit : Ayeem

Salam AidilFitri Uolls! Tag selepas di Tagged.


Bila tengok seimbas, kad raya kat atas ni macam kad Valentine pulak ye. siap belon-belon dekat basikal tu haha. tapi takpelah, mungkin lelaki tu nak bawak adik dia pergi umah opah dia hanto mangkuk tingkat. :) Ha apa-apa pun, thanks to my dear friend eyka sebab tag kat saya ye.. chup3! haha. tapi kan ada sedikit fenin la. ini sebenarnya apa. nak kena tag kat orang lain ye. pastu baca kat blog lain ini adalah award. huwa! pening-pening.. fuh! pastu kena jawab soalan. saya suka jawab soalan-soalan ni. sila lihat dibawah.


Q1 : Puasa penuh tak taun nie?
Hampir puasa penuh!! tetapi... hallo bendera jepun naik 5 hari sebelum raya :D

Q2 : Kalau saya mintak maaf, awk sudi maafkan?
Sudah ku bilang, mengapa masak sayur asam tak letak belacan!! ahh kasi pancung!
hehe. xla. mesti la darling. 0-0 ye. :)

Q3 : Kampung kat mana?
mak orang selangor, ayah orang KL.
saya beraya di kampung batu di KL, rumah kayu di selangor. 

Q4 : Awak rasa blog saya ni comel tak?Kasi sebab sikit
Comel tu saya. blog saya mana leh lawan tauke. haha.

Q5 : Awk nak tag org, tag aje laa T__T
Jeng.jeng.jeng...
Calon-calonnya


Selamat Hari Raya Semua!
Maaf Zahir Batin.